MAJLIS PENANAMAN ANAK POKOK SEMPENA PROGRAM “SATU MEDAL,SATU POKOK” KUALA LUMPUR 2017

MAJLIS PENANAMAN ANAK POKOK SEMPENA PROGRAM “SATU MEDAL,SATU POKOK” KUALA LUMPUR 2017
KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2017 – Sebagai tanda sokongan kepada kemenangan altit Negara. Program Satu Pingat, Satu Pokok telah diadakan sebagai simbolik kemenangan pingat emas KL2017.

Penanaman anak pokok telah berlangsung di lokasi utama iaitu di kawasan Plaza Kuala Lumpur Sports City (KLSC). Majlis dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Landskap Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Dato,Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Pengarah Urusan SCGM Berhad, Dato’ Seri Lee Hock Guan; Pengurus Besar Kanan( Hal ehwal Korporat), Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amindan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Dato’Seri Zolkples Embong.

Selain daripada menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan, bilangan pokok yang akan ditanam juga adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

Disediakan oleh : Nur Syafarina Izmanisah (Perbadanan Stadium Malaysia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable