MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA SARAWAK (WMS) 2017

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA SARAWAK (WMS) 2017
KUCHING, 29 OKTOBER 2017 - WorldSkills Malaysia 2017 merupakan pertandingan kemahiran peringkat negeri Sarawak yang julung kali diadakan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengiktiraf belia atau pelatih daripada institusi TVET di Sarawak.

Majlis Penutupan yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Pn Haslina bt Abd Hamid. Kementerian Belia dan Sukan melalui IKBN Miri telah menghantar 3 penyertaan dalam 2 bidang iaitu bidang Teknologi Automotif dan Restaurant Service. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Restaurant Service
JOHAN : Mitchell Jawa
KETIGA : Esther Immanuell Ejeng

Teknologi Automotif
JOHAN : Zacchaeusc Labang Anak Unyuk

Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak (RM5000, trofi dan piala)
Zacchaeusc Labang Anak Unyuk

Johan membawa pulang RM5000, trofi dan piala

Disediakan oleh : Norzaidi Bin Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable