MALAYSIA TAMAT CABARAN AYPG DUBAI 2017 DI KEDUDUKAN KE 15 KESELURUHAN

MALAYSIA TAMAT CABARAN AYPG DUBAI 2017 DI KEDUDUKAN KE 15 KESELURUHAN
KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2017 - Sukan Remaja Para Asia ketiga, Dubai 2017 yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dikedudukan ke 15 keseluruhan dengan mengumpul lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Pada edisi ketiga kali ini, Malaysia yang diwakili 12 atlet menyertai lima daripada tujuh sukan yang dipertandingkan telah meraih pingat emas menerusi sukan olahraga, ping pong dan powerlifting.

Eddy Bernard cemerlang hadiahkan 2 pingat emas dalam acara 100 meter T38 dan lompat jauh T35/38, manakala Muhammad Zulhaizat sumbang dua pingat gangsa dalam acara 200 meter dan 400 meter T13. Ping Pong turut cemerlang sumbang dua emas menerusi acara berpasukan kategori TT9/10 menerusi Chee Chaoming dan Ahmad Syahir, manakala Chee Chaoming pula meraih emas dalam acara perseorangan kategori TT9.

Ahmad Syahir pula muncul penyumbang tunggal pingat perak dalam acara ping pong TT10. Wan Nur Azri catat nama selaku penyumbang emas kelima Malaysia selepas menguasai acara powerlifting kategori 97 kilogram dengan angkatan keseluruhan 152 kilogram.

Temasya empat tahun sekali ini bermula pada 8 Disember lalu melibatkan hampir 600 atlet daripada 45 buah negara. Pada 2013, Malaysia selaku tuan rumah edisi kedua temasya meraih 19 pingat emas, 22 perak dan 18 gangsa menamatkan aksi di kedudukan ke empat keseluruhan.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable