KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

MSN TUBUH UNIT KHAS TUMPU SUKAN ELEKTRONIK

MSN TUBUH UNIT KHAS TUMPU SUKAN ELEKTRONIK
KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2017 - Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mengumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada Sukan Elektronik di negara ini.

Jelas Khairy, sukan tersebut telah pun mendapat pengiktirafan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan peruntukan serta bantuan secukupnya juga akan diberikan MSN kepada atlet-atlet E-Sukan sebagai persediaan untuk berlatih menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

"Ini adalah realiti. Sukan elektronik ini sudah diiktiraf sebagai satu sukan dan kita tak boleh ketinggalan", katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara 100Plus dan Perbadanan Sukan Malaysia (PSM) di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil.

Tambah Khairy, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail akan mencari pegawai-pegawai yang mahir dan arif dalam E-Sukan ini yang boleh berinteraksi dan mendampingi komuniti E-Sukan itu.

"Saya difahamkan kita ada atlet E-Sukan yang bertaraf dunia jadi mungkin kita boleh libatkan mereka di dalam unit itu".

Sementara itu, selain sukan elektronik, Khairy turut menjelaskan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN juga memutuskan untuk menganjurkan kejohanan kebangsaan dan sirkit kebangsaan bagi sukan papan luncur serta memanjat di mana sukan ini akan dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Tahun 2018 menyaksikan buat pertama kalinya Malaysia mempunyai wakil dalam Temasya Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang yang dijadualkan pada Februari 2018. Dalam pada itu, 100Plus menandatangani penajaan dengan PSM selaku minuman rasmi di KLSC bagi tempoh lima tahun.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable