NAKA HUB PEMPROSESAN MAKANAN BERASASKAN KEPADA PRODUK PERTANIAN

NAKA HUB PEMPROSESAN MAKANAN BERASASKAN KEPADA PRODUK PERTANIAN
NAKA, 23 OKTOBER 2017 - Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof hari ini telah melengkapkan Program Siri Lawatan Kerja beliau ke semua ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan dalam misi dan visi beliau bagi meningkatkan kualiti serta mutu kerja warga ILKBS selari dengan Program Transformasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 hingga 2016.

Beliau ingin melihat ILKBS berada seiring dan lebih ke hadapan dalam usaha kementerian ini terutama BPKB dalam mengarus perdanakan latihan TVET ke arah yang lebih cemerlang. Dalam pada itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga IKBN Naka kerana pada tahun hadapan, IKBN ini akan mula melaksanakan kursus baharu yang berorentasikan kepada perusahaan dan perniagaan dengan beroperasinya Kilang Pemprosesan Produk Makanan berasaskan pertanian. Kilang ini mempunyai kelengkapan peralatan dan mesin yang sama seperti di industri dan dapat mengeluarkan produk makanan dalam skala yang besar. Dengan kelengkapan tersebut beliau berharap ia dapat dimanfaatkan bukan sahaja bagi tujuan kursus sepenuh masa bahkan untuk program kerjasama dengan pihak luar serta program inkubator usahawan ILKBS. Pendekatan secara NBOS berkaitan pemprosesan makanan ini perlu digerakkan oleh IKBN Naka bersama-sama agensi seperti Kementerian Pertanian (MOA) / Biotech Johor dan lain-lain agensi yang bersesuaian.

YBrs. Dr. Hajah Wasitah juga turut menekankan agar IKBN Naka menitik beratkan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam proses pembelajaran di mana ia akan dipergiatkan sepenuhnya mulai 2018 di ILKBS sebagai persediaan Inisiatif 20:50 yang semakin hampir. English Empowerment Initiatives akan membantu dalam menuju persekitaran komunikasi dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. YBrs. Dr. Hajah Wasitah amat komited untuk melihat TVET Malaysia sebagai pemangkin kearah yang lebih berkesan dan sebagai titik permulaan kepada warga ILKBS untuk bersama-sama menjadi dan meningkatkan bidang latihan TVET sebagai Sektor Utama negara sama seperti negara-negara maju seperti German, China, Hong Kong, Korea dan negara-negara maju yang lain. ILKBS wajar mengambil peluang terbaik ini untuk memperkasakan bidang latihan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dan beliau yakin mulai tahun hadapan, ILKBS akan mempunyai calon untuk dihantar ke AseanSkills di Thailand dan dalam tahun 2019, adalah tidak mustahil IKBN dapat menghantar pelajar-pelajar ILKBS ke WorldSkills Competition dan meraih pingat untuk negara. Beliau menjelaskan 'Semua ini perlu dirancang dan direncanakan agar ia dapat direalisasikan'.

Dalam usaha KBS untuk menjadikan TVET sebagai pemangkin kepada negara, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia merasakan perlunya seluruh warga ILKBS untuk menguatkan jati diri, semangat dan muhibah di dalam diri setiap pelajar. Oleh itu, beliau menegaskan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) adalah juga elemen penting dalam pembentukan karakter positif pelajar ILKBS. Di dalam ARP pelajar akan dibentuk dengan sifat-sifat positif dan perkara-perkara dan secara tidak langsung akan mengubah sifat dan kecenderungan mereka ke arah yang lebih baik. Oleh itu, adalah wajar agar semua pelajar ILKBS dilibatkan sebagai peserta dan pengajar sebagai pemimpin atau mentor kepada mereka. Beliau menegaskan agar setiap ILKBS perlu sentiasa merancang strategi kearah penyertaan dalam Pertandingan Kemahiran Berprestij seperti WorldSkills Competition dan lain-lain pertandingan yang boleh melonjakkan mutu pelajar itu sendiri dan sebagai pengiktirafan kepada pengajar di mana, merekalah yang melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompeten dalam sesuatu bidang . Dengan kecemerlangan yang diperolehi oleh para pelajar, secara tidak langsung ini boleh dijadikan kayu pengukur kepada kualiti latihan dan kualiti pengajar itu sendiri.

Dalam ucapan beliau tadi, beliau memaklumkan program-program keusahawanan juga hendaklah diberi fokus kerana ianya turut menjadi pilihan kerjaya bagi masa depan pelajar. Bimbingan dan pendedahan awal akan membantu pelajar terbabit bagi merancang lebih awal selain bertindak untuk menyediakan minda ke arah menjadi Usahawan TVET. YBrs. Dr. Wasitah turut menasihatkan agar IKBN perlu mengadakan jalinan erat dengan industri dan Persatuan Alumni ILKBS. Ini kerana, terdapat juga dari lepasan ILKBS yang telah menjadi usahawan dan ada juga yang telah bekerja di negara-negara tertentu di mana mereka turut mempunyai hubungan dengan industri luar mahu pun kerajaan di negara lain. Peranan Persatuan Alumni perlu diiktiraf dan disokong dalam usaha mencorakkan pelajar kepada halatuju yang betul. Kerjasama ILKBS dan Alumni perlu lebih rapat supaya lebih ramai alumni ILKBS dapat menyalurkan bakti mereka untuk membantu pelajar ILKBS.

Beliau mengakhiri siri lawatan ini dengan bertemu Majlis Perwakilan Pelajar dan melawat ke Kilang Pemprosesan Makanan berasakan Produk Pertanian IKBN Naka, lawatan ke bengkel Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara serta melawat taman herba yang dibangunkan oleh pelajar ARP IKBN Naka.



Disediakan oleh : Norzaidi Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable