PELAJAR IKTBNBM REBUT PELUANG SUARAKAN ASPIRASI TN50

PELAJAR IKTBNBM REBUT PELUANG SUARAKAN ASPIRASI TN50
BUKIT MERTAJAM, 1 JUN 2017 – Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Bukit Mertajam telah melaksanakan Program Taklimat Transformasi Nasional 2050 (TN50) IKTBN Bukit Mertajam pada hari ini.

Pelbagai aspirasi, harapan, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh para pelajar IKTBN Bukit Mertajam. Para pelajar yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan sedar bahawa merekalah pendokong pelaksanaan TN50 pada masa akan datang.

Melalui taklimat yang diadakan, para pelajar mampu untuk memahami pelaksanaan TN50 yang merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang akan dicapai kurang dari tiga tahun lagi.

Antara aspirasi yang disuarakan oleh para pelajar IKTBN Bukit Mertajam adalah berkaitan penambahbaikan kemudahan pembelajaran, penambahbaikan sistem jalan raya di bandar-bandar bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak serta di luar bandar, penambahbaikan bagi pengukuhan ekonomi dan juga aspek keselamatan negara dan rakyat Malaysia.

Program ini telah memberi impak positif kepada para pelajar selain dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar IKTBN Bukit Mertajam untuk menyumbang aspirasi.

Disediakan oleh: Siti Safura Binti Noorsah(IKTBN Bukit Mertajam)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable