PEMENANG PINGAT EMAS KL2017 DIBERI PENGHORMATAN TANAM 235 POKOK

PEMENANG PINGAT EMAS KL2017 DIBERI PENGHORMATAN TANAM 235 POKOK
KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2017 - Inisiatif Hijau KL2017 yang dilaksanakan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan PARA ASEAN ke-9 memasuki fasa ketiga dengan Pelancaran Majlis Penanaman Pokok oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebanyak 235 pokok ditanam atlet-atlet Malaysia yang mewakili 145 dan 90 pingat emas yang dimenangi Kontinjen Malaysia pada Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ditanam di sekitar KL Sport City sempena kesinambungan program "Satu Pingat, Satu Pokok" yang dilancarkan 2 Ogos lalu.

Khairy yang ditemui selepas majlis pelancaran amat berpuas hati dengan kempen Inisiatif Hijau yang pertama kali dilakukan dalam temasya sukan dan berharap dapat menjadi contoh kepada acara besar yang lain.

"Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan inisiatif hijau dengan beberapa kejayaan simbolik di sepanjang temasya ini.

"Adalah menjadi harapan saya agar legasi ini menjadi 'eye opener' kepada orang ramai dan meninggalkan kesan agar generasi muda dapat meneruskan misi ini." Turut hadir Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Ir. Dr. Zaini Ujang dan Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail.

Baki 5010 anak pokok akan ditanam pada fasa terakhir, fasa keempat di beberapa lokasi di Perak, Terengganu dan Kelantan bermula Januari hingga Mac 2018. Antara atlet negara yang hadir termasuklah Najib Turano Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Muhamd Ridzuan Puzi (atlet para), Natasha Roslan, Sin Li Jane, Saidatul Afifah Badrul Hamidi (boling) serta Aaliyah Yoong dan Adam Yoong (ski air).

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable