PENDEKATAN ASPEK PSIKOLOGI DITERAPKAN SKUAD GIMNASTIK BERIRAMA UNTUK BURU ENAM PINGAT EMAS KL2017

PENDEKATAN ASPEK PSIKOLOGI DITERAPKAN SKUAD GIMNASTIK BERIRAMA UNTUK BURU ENAM PINGAT EMAS KL2017
BUKIT JALIL, 31 MEI 2017 - Skuad gimnastik berirama negara optimis mampu menguasai enam daripada lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2017.

Keyakinan itu disandarkan berdasarkan persiapan rapi yang dirancang pasukan sejak tahun lalu termasuk dengan membawa masuk dua tenaga luar negara iaitu dari Jepun dan Rusia sebagai koreografi pasukan bermula Januari lalu. Memandangkan beraksi di halaman sendiri, skuad kebangsaan sudah meramalkan akan berdepan cabaran khususnya daripada aspek mental dengan aura beraksi di depan penyokong sendiri.

Bagi pengurus pasukan kebangsaan, Dr. Farrah Hani Imran pihak pengurusan enggan memberikan tekanan tinggi kepada skuad negara untuk memenangi pingat emas dari acara yang spesifik kerana lebih memberi penumpuan sokongan mental dan psikologi agar skuad negara mampu menampilkan aksi terbaik.

“Meskipun Malaysia adalah tuan rumah edisi ke-29, kami tidak memandang mudah persiapan pasukan kebangsaan mahupun kekuatan pihak lawan. Malah kami menjalani latihan lebih rapi dengan menekankan aspek mental, psikologi sera fizikal. Malah bagi memperkuatkan mental pasukan, kami menyertai beberapa latihan dan kejohanan luar negara bagi memastikan Malaysia berada dalam keadaan mantap,” kata Dr. Farrah Hani.

Ketika ini hampir keseluruhan skuad gimnastik berirama negara berada di Sepanyol untuk beraksi dalam kejohanan anjuran Kesatuan Gimnastik Antarabangsa(FIG) sehingga 6 Jun 2017. Selepas itu skuad negara akan menyertai kejohanan asia di Kazakhstan diikuti ke Berlin, Jerman sebelum pemilihan senarai akhir gimnas diumumkan pada penghujung Jun depan.

Kuala Lumpur 2017 amat bermakna buat pemenang pingat gangsa acara berpasukan Sukan Komanwel 2014, Amy Kwan. Selepas tidak dapat beraksi dalam Sukan SEA 2015 Singapura akibat kecederaan kaki, penampilan pertama dalam kejohanan terbesar asia tenggara kali ini menjadi azam buatnya untuk menyumbangkan pingat kepada negara.

“Kami mensasarkan 6 pingat emas daripada 8 yang ditawarkan. Meskipun apa-apa perubahan boleh terjadi di saat akhir, kami tetap berazam untuk tampil dengan aksi terbaik dan berjuang untuk Malaysia,” kata Amy.

Skuad gimnastik berirama kebangsaan turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan bagi persediaan KL2017 seperti Persatuan Gimnastik Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia. Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Malaysia membawa pulang dua pingat emas dalam acara individu menerusi Koi Sie Yan dan S. Shasangari.

Disediakan oleh : Nur Zatil Hidayah (Institut Sukan Negara)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable