PERAK LANCAR LOGO, MASKOT DAN LAGU SUKMA XIX 2018

IPOH, 21 JANUARI 2018 - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir secara rasmi melancarkan logo, maskot dan lagu serta Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018 di Bulatan Amanjaya, Bandar Meru Raya pada Sabtu.
Bertemakan "Wow ! Kita Hebat! majlis pelancaran berlangsung meriah biarpun hujan renyai dengan dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Jalal Ghazali dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Maskot baru SUKMA ke-19 dikenali sebagai 'Chor ' diperkenalkan menggantikan maskot SUKMA 1994 iaitu Yob, dimana Perak menjadi tuan rumah edisi ke 5 ketika itu. SUKMA ke 19 bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September depan melibatkan 11,000 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara dan bakal bertanding dalam 26 jenis sukan merangkumi 369 acara yang dipertandingkan. Buat pertama kali dalam sejarah, SUKMA 2018 bakal dipertandingkan dikesemua 12 daerah di Perak.
Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara