KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

PERSEDIAAN ILKBS KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN BERPRESTASI TINGGI

PERSEDIAAN ILKBS KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN BERPRESTASI TINGGI
PUTRAJAYA, 28 NOVEMBER 2017 – Mesyuarat Khas Penyelarasan yang melibatkan pakar negara dan pegawai kontinjen serta para peserta Worldskills Competition (WSC) 2017 telah diadakan dengan tujuan untuk membincangkan hala tuju lepasan peserta WSC dan bentuk kerjasama bagi memperkasakan belia lepasan institusi kemahiran TVET ke arah Transformasi Nasional 2050.

WSC 2017 telah menyaksikan dua peserta negara memenangi pingat gangsa dan sembilan peserta mendapat Medallion of Excellence. YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali sendiri sebagai seorang Peneraju Utama latihan kemahiran di KBS juga telah bersama-sama di WSC 2017 dan melihat kepentingan persediaan awal bagi memastikan Malaysia membawa lebih banyak pingat di Worldskills Competition 2019, Kazan, Rusia.

Mesyuarat tersebut juga merupakan pembuka laluan ke arah jaringan kerjasama NBOS di antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, ia merupakan salah satu inisiatif KBS untuk menyediakan platform bagi memperolehi input-input dari pihak luar terutama pakar dan peserta belia Worldskills Competition (WSC).

KBS juga sangat komited dalam memastikan belia-belia Malaysia mendapat peluang dan kemahiran yang secukupnya agar mencapai aspirasi Negara kerana belia merupakan pemimpin masa hadapan.

Disediakan oleh : Syafiqah Hani Bt Sulaiman (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable