PROGRAM BENGKEL INTENSIF PEMBANGUNAN E-MYKD PERINGKAT ZON SABAH

PROGRAM BENGKEL INTENSIF PEMBANGUNAN E-MYKD PERINGKAT ZON SABAH
LAHAD DATU, 4 NOVEMBER 2017 - Program Bengkel Intensif Pembangunan e-MYKD Peringkat Zon Sabah telah dilaksanakan dengan bermatlamat ke arah pencapaian inspirasi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia di dalam memastikan pembangunan tadbir urus pertubuhan belia di semua peringkat akar umbi dapat dimantapkan ke tahap yang paling optimun seperti mana ketetapan Seksyen 22 Akta 668 iaitu pematuhan penghantaran pelaporan MYKD oleh setiap pertubuhan belia sejajar dengan hasrat PPPBM melaksanakan sistem on line e-MYKD bermula 2018.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 16 pertubuhan belia daripada daerah Lahad Datu Sabah yang melibatkan penyertaan seramai 35 orang. Sesi ceramah bengkel ini telah disempurnakan oleh En Mohd Izwandy Bin Ismail, Ketua Penolong Pendaftar PPPBM bersama pegawai/kakitangan PPPBM dan turut dibantu oleh Pn Suzirani Binti Muamat dari Pejabat Pendaftaran Belia Zon Sabah. Turut bersama membantu ialah En Irwan Bin Iskandar, Pegawai Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Lahad Datu.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable