PROGRAM KESUKARELAWAN ILKBS DENGAN KERJASAMA ALMP

PROGRAM KESUKARELAWAN ILKBS DENGAN KERJASAMA ALMP
KUALA KUBU BHARU, 18 NOVEMBER 2017 - Program Kesukarelawan ILKBS Peringkat IKBN Peretak dengan kerjasama Advance Management Leadership Program (ALMP) telah diadakan di Kampung Orang Asli Peretak.

Program ini melibatkan seramai 61 orang peserta ALMP dan 75 orang pelajar daripada IKTBN Dusun Tua, IKBN Kuala Langat dan IKBN Peretak bekerjasama melakukan aktiviti kesukarelawan di sini. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah penanaman pokok, perkhidmatan gunting rambut secara percuma, aktiviti gotong royong, pendawaian elektrik, pembaikan surau dan melukis mural.

Hadir bagi menyempurnakan perasmian ini ialah YB Dato' Kamalanathan a/l Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor. Beliau menyatakan perasaan bangga dengan program ini dengan penglibatan ketua-ketua jabatan yang turut serta mengecat, menanam pokok dan melakukan aktiviti gotong royong. 

Program diakhiri dengan pemberian sumbangan kepada penduduk Kampung Orang Asli Peretak dan pelepasan ikan oleh peserta-peserta ALMP di Santuari Ikan Sungai Chiling. Ketua Pengarah Bahagian Pembagunan Kemahiran Belia, Dr. Hajah Wasitah Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Mohd Azhari bin Mohammad juga hadir sebagai salah seorang peserta ALMP. Hadir sama ialah Pengarah IKBN Peretak, Encik Mohd Hata bin Saliman.

Disediakan oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)
azlinemiza@kbs.gov.my

Disunting oleh : Hairol Hisham Hamdan (Unit Komunikasi Korporat KBS)


FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable