PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA KE KOREA BUAT KALI KEDUA

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA KE KOREA BUAT KALI KEDUA
KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2017 - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah melaksanakan program pertukaran belia Malaysia - Korea buat kali ke dua pada tahun ini bermula 20 hingga 26 November 2017. Program kali ini membawa tema Keusahawanan, yang melibatkan penyertaan seramai 36 orang dari pelbagai latarbelakang demografi.

Program ini merupakan program kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Asian Youth Council (AYC) yang memberi fokus kepada beberapa objektif antaranya mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara belia di Malaysia dengan Korea Selatan, terutamanya di Bandar Seoul. Selain itu juga, peserta berpotensi untuk membentuk potensi diri melalui pengisian program dan pengalaman yang diperolehi secara terus sepanjang program diadakan.

Beberapa pendekatan pengisian program ini adalah seperti lawatan pendidikan ke Ewha Womans University, Asean Korea Centre (AKC), beramah mesra dengan belia tempatan dan pelajar universiti di Korea, penghayatan tempat bersejarah (Korea War Museum, National Museum), berkunjung ke Namsangol Hanok Village, Seoul Tower dan beberapa 'Night Market' yang berhampiran.

Disediakan oleh : Hazila Bt. Kamaruddin (Pusat Belia Antarabangsa)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable