PROGRAM SAHUR JANGAN TAK SAHUR

PROGRAM SAHUR JANGAN TAK SAHUR
PERETAK, 7 JUN 2017 – Program Sahur Jangan Tak Sahur – Adabi bersama para pelajar dan warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjalani sesi rakaman selama tiga jam selepas solat tarawikh bertempat di Dataran HEP.

Program ini julung-julung kali ini bakal ditayangkan di saluran TV1. Chef Eksekutif Adabi iaitu Chef Irwan Bin Mohd Nor Irwan telah melakukan demonstrasi masakan daging kicap berempah dengan menggunakan produk keluaran Adabi.

Beliau juga merupakan bekas pelajar institut ini dalam jurusan Penyediaan Makanan tahun 1994/1995. Turut hadir di dalam program ini ialah dua artis jemputan iaitu Amanda Misbun dan Amar Asyraf.

Disediakan Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee (IKBN Peretak )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN Peretak )

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable