PROGRAM YOUTH BIZ-TALK SERTA PELANCARAN PORTAL YEN & KBS ENTREPRENEUR PAVILION 2017

PROGRAM YOUTH BIZ-TALK SERTA PELANCARAN PORTAL YEN & KBS ENTREPRENEUR PAVILION 2017
KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2017- Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin telah merasmikan program Youth Biz-Talk yang diadakan di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
Program Youth Biz-Talk merupakan satu platform bual bicara yang pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk usahawan dan juga bakal usahawan belia untuk berkongsi idea dan pengetahuan mengenai perniagaan dan keusahawanan. Program yang dihadiri lebih 400 peserta ini bertujuan untuk menggalakkan budaya berniaga di kalangan belia Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu alternatif untuk mengukuhkan ekonomi dan pendapatan belia.

Selain itu, Youth Biz-Talk turut menghubungkan usahawan-usahawan belia dalam pelbagai sektor dengan agensi pembangunan melalui perbincangan dua hala yang menyentuh aspek pembiayaan, latihan dan perkhidmatan. Para usahawan belia juga berpeluang untuk meluaskan empayar perniagaan mereka dengan menjadi rakan niaga syarikat-syarikat yang telah berada di persada antarabangsa.

Disamping itu, KBS juga turut melancarkan dua program iaitu Portal Youth Entrepreneurial Network (Portal YEN) serta KBS Entreprenuer Pavilion pada hari yang sama. Portal YEN berfungsi sebagai One Stop Center untuk golongan usahawan dan bakal usahawan belia mendapatkan maklumat tentang pembiayaan, latihan, jaringan perniagaan dan panduan/tips mengenai perniagaan. KBS Entrepreneur Pavilion pula adalah kerjasama antara KBS dan MATRADE dimana pihak MATRADE akan menyediakan ruang khas di Malaysia Export Exhibition Centre (MEEC) untuk syarikat-syarikat usahawan terpilih mempamerkan produk mereka selama setahun.

KBS yakin intipati dan pengisian yang ada dalam program ini mampu mencapai objektif utama sebagai platform terbaik dalam menyebarluaskan maklumat keusahawanan di kalangan belia, meningkatkan potensi serta pengetahuan mereka seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan belia negara.

Disediakan oleh: Muhammad Amirul Izwan Bin Isham
amirulizwan@kbs.gov.my

Disunting oleh: Hairol Hisham Hamdan
hairolhisham@kbs.gov.my


FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable