KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

‘RISIKO KETAGIH SKRIN’ FOKUS TRAVELOG ILMU SIRI 4/ 2017

‘RISIKO KETAGIH SKRIN’ FOKUS TRAVELOG ILMU SIRI 4/ 2017
PUTRAJAYA, 7 DISEMBER 2017 – Risiko Ketagih Skrin menjadi fokus Travelog Ilmu Siri 4/ 2017 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang telah diadakan pada 6 Disember 2017 bertempat di Galeri KBS. Risiko Ketagih Skrin perlu diberi perhatian yang serius oleh masyarakat terutamanya yang melibatkan generasi muda kerana ia memberi kesan yang besar terhadap emosi dan sahsiah mereka.

Perkara ini telah diakui oleh Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan Pensyarah Kanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyatakan kesan ketagih skrin antaranya boleh merosakkan sel-sel otak yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap penggunaan gajet dan teknologi.

Sementara itu, seorang lagi panel iaitu Dr. Mohd. Azul Mohamad Salleh, Pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menekankan pentingnya pengawalan dan pemantauan yang kerap oleh ibu bapa terhadap penggunaan gajet dan teknologi bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala-gejala yang negatif.

Disediakan oleh:Siti Nur Hidayah Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:Zuarini Jumai
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable