SESI ENGAGEMENT BERSAMA PERTUBUHAN BELIA BAGI SEMAKAN PINDAAN AKTA PERTUBUHAN BELIA & PEMBANGUNAN BELIA (AKTA 668) PERINGKAT ZON TENGAH

SESI ENGAGEMENT BERSAMA PERTUBUHAN BELIA BAGI SEMAKAN PINDAAN AKTA PERTUBUHAN BELIA & PEMBANGUNAN BELIA (AKTA 668) PERINGKAT ZON TENGAH
KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2017 - Sesi Engagement bersama Pertubuhan Belia Negeri Zon Tengah bagi semakan pindaan Akta Pertubuhan Belia & Pembangunan Belia (AKTA 668) anjuran bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) serta Bahagian Dasar & Perancangan Strategik telah diadakan bagi mendapatkan input dan pandangan semasa pemegang taruh untuk memperkukuhkan kerangka pindaan Akta 668 selain daripada memenuhi keperluan Dasar Belia Malaysia.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada Majlis Belia Negeri/Daerah, Badan Gabungan, Pertubuhan Belia Tunggal dan belia setempat dari negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penglibatan belia dalam program sebegini amat penting sesuai dengan kehendak kerajaan yang mahu hala tuju Malaysia ditentukan oleh generasi muda pada masa sekarang khususnya perkara yang melibatkan transformasi pembangunan belia kerana mereka merupakan pelapis yang akan menerajui pentadbiran dan menentukan masa depan negara.

Idea dan pendapat para pemimpin belia melalui sesi ini akan dirangkumkan untuk dibawa kepada perbincangan semakan pindaan Akta 668 bersama pakar rujuk yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Taklimat Ringkas Dasar Belia Malaysia telah disampaikan oleh Pn. Siti Amirah Amiruddin, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik manakala Taklimat Ringkas Akta 668 telah berikan oleh Cik Zaliha Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Pertubuhan Belia. Sesi Percambahan Idea & Pandangan telah dikendalikan oleh En. Badari Bin Ag. Damit, Timbalan Pendaftar Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia bersama Pn. Suzliyana Hanan binti Zanudin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik.

Disediakan oleh : Nor Azhani Bt Abd Hazis (Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable