SESI ENGAGEMENT BERSAMA PERTUBUHAN BELIA BAGI SEMAKAN PINDAAN AKTA PERTUBUHAN BELIA & PEMBANGUNAN BELIA (AKTA 669) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SESI ENGAGEMENT BERSAMA PERTUBUHAN BELIA BAGI SEMAKAN PINDAAN AKTA PERTUBUHAN BELIA & PEMBANGUNAN BELIA (AKTA 669) PERINGKAT NEGERI SARAWAK
KUCHING, 4 NOVEMBER 2017 - Sesi Engagement bersama Pertubuhan Belia Negeri Sarawak bagi semakan pindaan Akta 668 anjuran bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Bahagian Dasar & Perancangan Strategik serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan di Hotel Dormani, Kuching, Sarawak.

Sesi ini diadakan bagi mendapatkan input dan pandangan semasa pemegang taruh untuk memperkukuhkan kerangka pindaan Akta 668 selain daripada memenuhi keperluan Dasar Belia Malaysia.

Taklimat Ringkas Dasar Belia Malaysia telah disampaikan oleh Pn. Suzliyana Hanan Zainudin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik. Taklimat Ringkas Akta 668 telah berikan oleh Pn. Hjh. Siti Aisyah Yahya, Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia manakala Encik Ibrahim bin Mohd Yusuf mengetuai Sesi Percambahan Idea & Pandangan bagi program tersebut.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable