SESI TEMUDUGA PELAJAR PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (A4) OLEH AEON DELIGHT (MALAYSIA) SDN BHD

SESI TEMUDUGA PELAJAR PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (A4) OLEH AEON DELIGHT (MALAYSIA) SDN BHD
HULU LANGAT, 31 MEI 2017 - Sesi temuduga bagi 10 orang pelajar Penjaga Jentera Elektrik A4 telah diadakan di Bilik Kuliah A4 oleh syarikat Aeon Delight (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Cawangan Hubungan Industri IKTBN Dusun Tua.

Aeon Delight (Malaysia) Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan pengurusan fasiliti yang komprehensif. Ia juga merupakan anak syarikat Aeon Delight Co Ltd (Jepun) yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan fasiliti.

Temuduga ini diadakan bertujuan untuk mencari pelajar yang mempunyai kebolehan dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan elektrikal dan jawatan Penjaga Jentera Elektrik.

Temuduga dikendalikan oleh Ednawati Ablah, Pengurus Kanan Sumber Manusia, Keselamatan dan Kesihatan dan Che Wan Muhammad Syahir, Pegawai Sumber Manusia dan Pentadbiran dari Aeon Aeon Delight (Malaysia).

Pihak syarikat juga menyatakan hasrat untuk terus menjalinkan kerjasama bersama IKTBN Dusun Tua bagi memastikan peluang pekerjaan di syarikat akan dialirkan ke institut ini.

Disediakan oleh : Yogamurugan Arumugam (IKTBN Dusun Tua)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable