SIDANG AKHBAR PERLAWANAN LIGA SERIE A TIM ITALI UNTUK PEMINAT DI MALAYSIA

SIDANG AKHBAR PERLAWANAN LIGA SERIE A TIM ITALI UNTUK PEMINAT DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR,14 NOVEMBER 2017 – Sportsfix peneraju dalam platform penstriman Over The Top (OTT) mudah alih di rantau ASEAN telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat media antarabangsa MP dan Silva bagi menyiarkan perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk musim 2017 dan 2018.

Sportsfix telah menandatangani perjanjian dengan pemegang hak media antarabangsa liga Itali dengan menyiarkan tiga perlawanan secara langsung setiap minggu kepada peminat di Malaysia melalui platform Sportsfix bermula pada November 2017.

Sidang media ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Sportsfix di Malaysia selain dari mempromosikan penyiaran Perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk peminat di Malaysia.

Sportfix juga turut memaklumkan bahawa telah menyiarkan perlawanan persahabatan pra musim untuk pasukan dari Serie A Tim Liga Perdana Inggeris, Bundesliga dan La Liga Santander pada Ogos lalu.

Disediakan oleh : Nur Syafarina Izmanisah (Perbadanan Stadium Malaysia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable