TEAMISN DIBERI PENGHORMATAN WARNAI HARI KE-4 PENJELAJAHAN ‘QUEEN’S BATON RELAY’ DI MALAYSIA

TEAMISN DIBERI PENGHORMATAN WARNAI HARI KE-4 PENJELAJAHAN ‘QUEEN’S BATON RELAY’ DI MALAYSIA
PUTRAJAYA, 19 OKTOBER 2017 - Selepas berada di ibunegara sejak Isnin lalu, baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 meneruskan penjelajahan ‘Queen’s Baton Relay’(QBR) di Menara Kementerian Belia dan Sukan hari ini dalam majlis yang dianjurkan Institut Sukan Negara(ISN).

Baton temasya sukan berprestij itu diserahkan oleh Pegawai Perhubungan Pasukan QBR, Kerry Thompson kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin.

Menurut Brig Jen Khairy Jamaluddin, kedatangan baton Sukan Komanwel sebagai sebahagian promosi Gold Coast 2018 amat dinanti-nanti dimana Malaysia merupakan negara ke-54 siri jelajah dunianya sebelum bergerak ke Brunei dan seterusnya ke Singapura.

“Dengan hanya 166 hari menjelang Sukan Komanwel, saya amat teruja dengan usaha yang dilakukan tuan rumah. Bagi kontinjen Malaysia yang akan diketuai Chef De Mission Huang Ying How, kami bersedia untuk menggalas cabaran di Gold Coast,” kata Khairy.

Turut hadir dalam majlis siang tadi, Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Tan Sri Dr M. Jegathesan, Chef De Mission Malaysia ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara(ISN), Dr. Mohd Khairi Zawi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif(ISN) En. Ahmad Zawawi Zakaria.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada penganjur Gold Coast 2018 yang akan membuka tirai pada April tahun depan. Menganjurkan temasya sukan yang besar bukan tugas yang mudah namun saya yakin akan kemampuan pihak penganjur dimana ia akan dapat dijayakan dengan cemerlang,”tambah Khairy.

Sepanjang berada di ibunegara delegasi QBR telah dibawa warga sukan negara iaitu atlet-atlet dan legenda-legenda sukan negara pada Selasa lalu antaranya Tan Sri Dato’ Dr. M Jegathesan, Datuk James Selvaraj and Datuk N. Mirnawan Nawawi.

Malah semalam pasukan QBR bersama maskot rasminya iaitu koala yang dipanggil ‘Borobi’ turut meluangkan masa merayakan sambutan rumah terbuka Deepavali di Brickfields dan juga diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pada sebelah petang, kakitangan ISN turut diberikan penghormatan melihat dengan dekat baton Sukan Komanwel yang disertai hampir 100 kakitangan.

#GC2018 #QBR2018 #TeamISN #PoweredByISN


Disediakan oleh : Nur Zatil Hidayah Dzulkifli (Institut Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable