TOUCH N GO MERAIKAN ASPIRASI TN50

TOUCH N GO MERAIKAN ASPIRASI TN50
KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2017- Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) meneruskan jelajahnya ke ibu pejabat Touch n’ Go Sdn. Bhd. (TNGSB) di Bangsar Selatan bersama dengan Eksekutif-eksekutif Muda dan juga kakitangan Touch n’ Go. Sesi dialog TN50 yang bertajuk ‘ Leading the nation towards a cashless society’ telah menyaksikan seramai lebih 100 kakitangan Touch n’ Go memberikan idea dan aspirasi mereka terhadap hala tuju negara pada tahun 2050 nanti.

Sesi dialog itu dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif TN50, Encik R. Effendi Razali dan diteruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Encik Syahrunizam Samsudin untuk berkongsi idea dan aspirasi beliau bersama warga Touch n’ Go.

Disamping itu, TNGSB telah melancarkan kad edisi terhad ‘TNG-TN50’ yang direkabentuk eksklusif bertemakan aspirasi TN50 yang akan berada di pasaran mulai November 2017. Kad edisi terhad ini merupakan kerjasama strategik antara TNGSB dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi generasi muda ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang turut disaksikan oleh Encik R. Effendi dan juga Encik Syahrunizam. Dialog ini berakhir dengan sesi foto bersama dengan kakitangan Touch n’ Go.

Oleh: Muhammad Amirul Izwan Bin Isham (UKK)
muhammadamirulizwan94@gmail.com

Disunting Oleh : Hairol Hisham Bin Hamdan (UKK)


FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable