“TVET BUKAN PENDIDIKAN KELAS KEDUA”

 “TVET BUKAN PENDIDIKAN KELAS KEDUA”
MIRI, 21 OKTOBER 2017 - Majlis Konvokesyen Ke-10 IKBN Miri yang berlangsung di Hotel Meritz, Miri pada 21 Oktober 2017 telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Haslina Binti Abdul Hamid selaku Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Belia dan Sukan. Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 292 orang pelajar lepasan IKBN Miri telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Automotif (178), Jabatan Mekanikal (18) dan Jabatan Hospitaliti (96).

Puan Haslina dalam ucapannya mengharapkan agar masyarakat setempat khususnya golongan belia perlu mengubah persepsi bahawa Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan pilihan kedua. TVET merupakan platform untuk melahirkan pekerja mahir bagi menjamin status insan berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. Melalui pembangunan modal insan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baru dijangka wujud dan lebih 60 peratus daripadanya memerlukan program pendidikan berasaskan TVET.

ILKBS juga sentiasa peka dengan keperluan industri yang mana pelajar ILKBS bukan saja dilatih dengan kemahiran teknikal malah mereka juga diterapkan dengan elemen bina insan seperti keusahawanan, kesukarelawanan dan kepimpinan melalui Program Anugerah Remaja Perdana (ARP). Penguasaan Bahasa Inggeris juga amat dititikberatkan kepada pelajar ILKBS agar mereka lebih terampil. Menjelang Tahun 2020, 50 peratus kursus kemahiran terutamanya kursus perkhidmatan akan manggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di ILKBS.

Hasil kajian mendapati bahawa alumni ILKBS rata-rata memperoleh pendapatan RM3,000 sehingga RM60,000 sebulan dan ada antara mereka yang memiliki aset semasa dengan nilaian jutaan ringgit. Lepasan ILKBS bukan sahaja cemerlang dan dikenali oleh industri di Malaysia malah diterima baik di luar negara. Malah terdapat hasil produk alumni ILKBS telah menembusi pasaran antarabangsa, ini membuktikan ILKBS bukan sahaja menghasilkan pekerja berkemahiran malah berjaya melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang. Antara faktor kejayaan alumni ILKBS adalah atas wujudnya kerjasama yang baik antara ILKBS dan industri.

ILKBS merupakan antara perintis institut kemahiran di negara ini dan telah wujud melebihi 50 tahun, Puan Haslina berharap agar alumni ILKBS untuk kembali memberi khidmat dan menabur bakti kepada institut dalam apa saja kaedah agar ILKBS sentiasa berdaya saing dan terus unggul.

Disediakan oleh : Fairus Atida Said (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable