KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

UNDIAN SUKAN BERPASUKAN SUKMA: SEMUA KONTINJEN MEMPUNYAI PELUANG SEIMBANG

UNDIAN SUKAN BERPASUKAN SUKMA: SEMUA KONTINJEN MEMPUNYAI PELUANG SEIMBANG
KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2018 - Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Malaysia (SUKMA) Perak XIX 2018, Musa Dun menjelaskan kesemua kontinjen mempunyai peluang seimbang berdasarkan undian sukan berpasukan yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Acara sukan berkenaan adalah bola sepak, badminton, bola keranjang, bola jaring, bola baling, futsal, hoki, kriket, ragbi dan sepak takraw.

"Kita telah memuktamadkan kumpulan untuk setiap sukan dan ini penting untuk memastikan persiapan di venue pertandingan dapat dilakukan dengan secepat mungkin."

Tambah beliau, Perak kini telah bersedia untuk menerima kehadiran atlet dari seluruh negeri yang akan memulakan aksi dari 12 hingga 22 September.

"Venue pertandingan juga telah siap sepenuhnya dan hanya dua venue saja lagi menanti pengesahan sepenuhnya daripada persatuan sukan masing-masing iaitu venue basikal trek di Velodrom Rakyat, Ipoh dan juga venue bola sepak di daerah Kerian".

Pada edisi SUKMA kali ini, sebanyak 29 sukan dipertandingkan membabitkan 39 venue pertandingan di 12 daerah.

Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18