ZIARAH PRIHATIN PEJABAT ROY ZON UTARA KEPADA PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI (MBN) PULAU PINANG

ZIARAH PRIHATIN PEJABAT ROY ZON UTARA KEPADA PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI (MBN) PULAU PINANG
GEORGE TOWN, 20 NOVEMBER 2017 - Susulan daripada kejadian kemalangan kebakaran yang menimpa Saudara Lim Swee Bok, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) melalui Penolong Pendaftar ROY Zon Utara, Noor'Azah Ali @ Ahmad telah mengadakan ziarah prihatin kepada beliau di Pejabat MBN Pulau Pinang, Kompleks Masyarakat Penyayang, George Town.

Kunjungan ini juga bertujuan untuk memberi sokongan dan semangat kepada beliau yang juga kehilangan 4 ahli keluarganya selepas rumah teresnya di Pintasan Cecil 5 di jilat api pada 15 November 2017 yang lalu. Selain itu, turut disampaikan juga sedikit sumbangan ikhlas daripada Kelab Kebajikan ROY.

Disediakan oleh : Nor Azhani Bt Abd Hazis (Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable