• maha
  • Pelan Strategik
  • Biasiswa



                                                       

HARI GERBANG KERJAYA 2015 @ IKBN ALOR GAJAH

MASJID TANAH, 13 OGOS 2015 – Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Alor Gajah telah mengadakan Hari Gerbang Kerjaya peringkat IKBN Alor Gajah 2015 yang dianjurkan Cawangan Pengurusan Dan Kawalan Kualiti dan Jabatan Elektronik institut ini.  

Program ini berlangsung pada 13 Ogos lalu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Di antara pengisian majlis ini adalah ceramah kerjaya 1 bertajuk “ Peluang Kerjaya di Industri ” yang disampaikan pihak MIA. manakala ceramah Kerjaya 2 pula adalah berkaitan “ Persiapan Menghadapi Temuduga” yang disampaikan Jobs Malaysia.  

Pengisian lain adalah taklimat berkenaan IKBN Alor Gajah yang disampaikan kepada pelajar sekolah menengah yang turut hadir memeriahkan majlis. Acara lain yang dijalankan adalah pameran, jualan dan persembahan Busking dari pelajar.  

Perasmian majlis ini disempurnakan Pengarah IKBN Alor Gajah, Mohamad @ Mohd Yusof Haji Long. Melalui penganjuran majlis ini, para pelajar, warga IKBN Alor Gajah dan para jemputan dapat menambah ilmu dan pengetahuan berkenaan IKBN serta merasai pengalaman hebat melalui penganjuran pameran dari pelajar sendiri.  

Oleh : Jawatankuasa Portal IKBN Alor Gajah  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable