my gb
IntranetKBS // Webmail
  • slip
  • Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
  • Anugerah Perdana Belia Negara 2016
  • Integriti
  • Parlimen Belia
  • Dasar Belia Malaysia
belia    sukan     kemahiran     rakan muda

BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB 2015

BUKIT JALIL, 10 SEPTEMBER 2015 - Unit Integriti, Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, ISN telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Tatatertib 2015 bertempat di Bilik Seminar 2, ISN pada 2 hingga 4 September lalu.  

Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini disertai 25 peserta terdiri Ketua Cawangan/Pusat/Unit/Seksyen. Bengkel ini juga merupakan satu tatacara pengendalian untuk mengawal disiplin pegawai dan anggota ISN yang melibatkan elemen-elemen pelanggaran peraturan dan akibat daripada pelanggaran peraturan tersebut.  

Pengurusan tatatertib memerlukan pemahaman dan penghayatan mendalam falsafah, konsep dan matlamat tindakan tatatertib. Objektif kursus ini dirangka untuk memberi pemahaman yang mendalam tentang undang-undang yang digunapakai iaitu Akta 605, Akta Badan Berkanun dan Surcaj 2000 dan meningkatkan kemahiran menyediakan kertas pertuduhan  tatatertib.  

Tambahan itu, ia adalah suatu pencerahan kepada peranan dan tanggungjawab ketua Cawangan/Pusat/Unit/Seksyen dalam mengurus kakitangan bawahan yang bermasalah, teknik mengurus serta melaksanakan tindakan kaunseling dan tatatertib. Ceramah disampaikan Halimahton Munawaroh Tasu dari Jabatan Perkhidmatan Awam.  

Oleh:  Muhammad Haniff Ahamat ( Unit Integriti, Institut Sukan Negara)  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable