• Merdeka2016
  • Soal Selidik Kajian ICT
  • Budget2017



                                                       

PROGRAM CITRA IBADAH (CINTAI AL-QURAN)

KEMASIK, 13 SEPTEMBER 2015 - Program Citra Ibadah (Cintai Al-Quran) peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah dijalankan dengan jayanya pada 10 hingga 12 September baru-baru ini dengann pembabitan seramai 30 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan tahap satu dari pelbagai jurusan terlibat dalam program ini.  

Program Citra Ibadah (Cintai Al-quran) telah dilaksanakan di Dewan Seri Suria IKBN Kemasik. Ia bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan Al - Quran. Selain itu, ia dapat memastikan pelajar mampu untuk mengerjakan ibadah solat dengan sempurna.  

Tambahan pula, program ini dapat menyuburkan minat pelajar untuk mendalami ilmu agama di samping memahami kesan ibadah solat dalam kehidupan. Sambutan pelajar terhadap program ini cukup menggalakkan dengan penyertaan seramai 100 orang.

Program ini  diselaraskan Mohd Ariff  Zolkeplee selaku Pembantu Hal Ehwal Islam serta Pembantu Belia dan Sukan, Wan Marisa Mohd Nor dan Mohd Hasni  Zaini. Majlis perasmian penutup disempurnakan Jariah Yusof selaku Timbalan Pengarah (PL) IKBN Kemasik.    

Oleh : Jawatankuasa Portal IKBN Kemasik  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable