my gb
IntranetKBS // Webmail
  • Anugerah Perdana Belia Negara 2016
  • slip
  • Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
  • Integriti
  • Parlimen Belia
  • Dasar Belia Malaysia
belia    sukan     kemahiran     rakan muda

KAJIAN LAPANGAN PENILAIAN PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM AMALAN GAYA HIDUP CERGAS MELALUI PROGRAM FITMALAYSIA

IPOH, 13 September 2015 - Pelancaran program Fit Malaysia peringkat Negeri Perak telah diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak. Program tersebut telah dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pelepasan bagi acara larian dan berbasikal oleh YAB Menteri Besar Ipoh dan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin. Program tersebut telah dianggarkan penyertaan seramai 15,000 dari seluruh Negeri Perak . IYRES turut terlibat dalam menjalankan Penilaian Partisipasi Masyarakat Dalam Amalan Gaya Hidup Cergas melalui Program Fit Malaysia Perak. Seramai 10 orang enumerator telah terlibat dalam urusan pengedaran borang soal selidik kepada 200 orang responden bagi penilaian ini.

Responden yang terlibat juga merupakan peserta dan pengunjung program Fit Malaysia Perak. Manakala bagi penilaian berbentuk kualitatif pula, IYRES telah mengadakan satu sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD- Focus Group Discussion) kepada 10 orang wakil daripada golongan pelaksana dan urusetia program tersebut.



Disediakan oleh :
Asnida Abd Hamid

Disunting oleh :
Nadya Shaffinaz Bajuri

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable