• ISMS
  • Pengambilan IKBN Jan2017
  • bike
  • Subjek Jabatan
  • mycorps@MiddleEast
  • jubli emas
  • Peperiksaan Subjek Jabatan
  • KPSL



                                                       

TEAM IKBN PAGOH MENYERLAH DI SUK NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 20 OKTOBER 2015 – Pasukan Pagoh Excellent Team yang diketuai Nurul Asikin Saari berjaya menempatkan nama sebaris pasukan hebat seperti dari agensi-agensi sektor awam di negeri Johor dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam di Dewan Persada disini baru-baru ini.  

Kumpulan yang ditubuhkan pada Januari 2014 ini, menyertai pertandingan ini di dalam kategori teknikal. Kumpulan yang dianggotai sembilan ahli daripada pelbagai bidang dan bersilang fungsi ini membawa tajuk Kesukaran Memotong Paip Galvanize Iron.  

Kumpulan ini merekacipta satu alatan baharu iaitu mesin pemotong paip GIyang merupakan alatan yang digunakan untuk memotong paip GI bersaiz dua inci. Bertemakan filem Bujang Lapok, kumpulan berjaya memukau hati penonton dengan selingan sketsa dan dialog yang digunakan di dalam filem Bujang Lapok.  

Panel penilai berpuashati dengan laporan dan demonstrasi yang dijalankan kumpulan. Tahniah diucapkan kepada Pagoh Excellent Team kerana berjaya membuka mata agensi-agensi lain di dalam pertandingan sebegini.  

Oleh : Jawatankuasa Portal IKBN Pagoh  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable