• maha
  • Pelan Strategik
  • Biasiswa



                                                       

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA #BELIA

PUTRAJAYA, 8 JANUARI 2016 - Bahagian Pembangunan Belia (BPB), Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di sini pada 8 Januari lalu.

Program ini melibatkan seramai 60 warga belia telah turut serta dalam aktiviti ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Ekonomi, yang juga Setiausaha EKSA, Mohd Hilmi Dahlan untuk bahagian ini. Objektif utama program ini adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif sepertimana dalam Amalan EKSA.

Selain itu, ianya sebagai persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU pada bulan Mei 2016. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada kekemasan ruang tempat kerja setiap kakitangan, bilik stor dan bilik fail. Secara keseluruhannya, gotong-royong ini dilihat dapat memupuk semangat kesukarelaan dikalangan kakitangan dan pegawai serta meningkatkan keharmonian dan kecerian pejabat.


Oleh :
Mohd Ikhwan b. Mohd Razully ( Bahagian Pembangunan Belia JBSN)
m.ikhwan@kbs.gov.my

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable