• Merdeka2016
  • Soal Selidik Kajian ICT
  • Budget2017



                                                       

Unit Audit Dalam

 
Maklumat Am | Peranan dan Tanggungjawab Carta Organisasi
 
MAKLUMAT AM
 
Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia ditubuhkan pada tahun 1995. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan.

Visi
Menjadikan aktiviti Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian.

Misi
Menjalankan pengauditan yang berkesan serta mengeluarkan laporan yang bebas dan objektif demi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan dan mewujudkan satu mekanisma ke arah tadbir urus yang baik bagi Kementerian

Objektif
Objektif Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan mempertingkatkan pengurusan kewangan serta pematuhan kepada peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan agar organisasi mencapai matlamatnya.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan
Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat nasihat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Bidang tugas Unit Audit Dalam dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004.

Bidang Kuasa/Authority
Bidang kuasa Unit Audit Dalam meliputi semua Bahagian/Cawangan di Kementerian, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan-jabatan Belia dan Sukan Negeri, Institut-institut Kemahiran Belia Negara, Akademi-akademi Pembangunan Belia Malaysia dan badan berkanun di bawah kawal seliaan Kementerian.

* Sumber dari : Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Tarikh kemaskini : 18 Mac 2016

 
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable