• aidilfitri2016
  • Seminar Penyelidikan IYRES 2016
  • Program Pelayaran KLD Tuna Samudera
  • ICBOS
  • capam
  • Pertandingan Pidato 1Malaysia
  • Promo Futsal KBS



                                                       

TERENGGANU PERTARUH MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA CAWANGAN JERANGAU REBUT JOHAN APRN PERINGKAT KEBANGSAAN 

TERENGGANU, 27 APRIL 2015 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Terengganu telah mengadakan sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Pertubuhan Belia pada 22 April lalu bertempat di Rumah Belia Felda Jerangau, Dungun.

Negeri Terengganu mempertaruhkan Majlis Belia Felda Malaysia cawangan Jerangau bagi mewakili negeri itu untuk bertanding di peringkat kebangsaan setelah berjaya menewaskan enam lagi persatuan yang bertanding melalui proses penilaian di peringkat negeri pada Mac lalu.

Panel yang terlibat semasa penilaian kali ini adalah Profesor Dr. Turiman Suandi iaitu Pensyarah Akademik dari Universiti Putra Malaysia yang memegang peranan sebagai Ketua Panel, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Haji Makhruzi Haji Ikhsan dan Khairul Annuar Mansor selaku Naib Pengerusi Majlis Belia Malaysia masing – masing bertindak sebagai ahli panel.

Ketibaan para Panel disambut dengan konvoi motosikal yang ditunggangi belia Felda Jerangau bermula dari  pintu gerbang masuk felda hingga ke rumah belia di mana proses penilaian dilaksanakan. Acara sambutan dimeriahkan lagi dengan iringan pembawa bunga manggar dan alunan muzik sampingan dari kumpulan muzik FJ Band. Para panel turut diraikan di dalam majlis minum pagi yang ringkas yang diturut diraikan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab dan turut menyertai bersama sepanjang sesi penilaian diadakan.

Pemarkahan diberi melalui penilaian terhadap struktur pentadbiran persatuan, status kewangan, pengurusan program dan sebagainya. Penilaian ini  berjalan dengan lancar dimana Pengerusi dan ahli Jawatankuasa bekerjasama dan memberi komitmen yang jitu dalam memberikan penjelasan bagi setiap persoalan yang diutarakan para panel.      
   
Oleh : Unit Jawatankuasa Portal JBSN Terengganu
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable