• maha
  • Pelan Strategik
  • Biasiswa



                                                       

KBS JAMBOREE RIDE 2015 BERJAYA TARIK LEBIH 2,000 PESERTA

PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2015 - Acara kayuhan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Jamboree Ride 2015 yang diadakan bermula di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini merupakan acara yang julung kali diadakan dianjurkan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Berbasikal Kuala Lumpur.

Seramai 2,100 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur daripada kanak–kanak sehingga dewasa mengikuti acara ini dengan jayanya. Kayuhan ini dibahagi kepada dua kategori iaitu laluan sepanjang 10 km dan 30 km mengelilingi sekitar kawasan Putrajaya.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi menggalakan aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya. Selain itu juga, program ini diadakan bertujuan bagi bagi menggalakan aktiviti bersukan dan riadah bagi seisi keluarga pada hujung minggu bagi kecergasan dan maafaat kesihatan.

Majlis Flag Off disempurnakan Pengarah Cawangan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Haji Mohd Salleh Ramli. Adalah menjadi harapan program seumpama ini akan diadakan pada tahun akan datang kerana penyertaan yang sangat mengalakan daripada peminat sukan berbasikal disamping menjadi platform memupuk perpaduan kaum di negara ini.

Oleh : Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable