my gb
IntranetKBS // Webmail
  • Program Galakan Membaca Jun
  • slip
  • konvo
  • Temuduga Biasiswa



                                                       

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SEREMBAN 3

SERI ISKANDAR, 21 JANUARI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar hari ini menerima lawatan penandaarasan Pelaksanaan Amalan EKSA dari Universiti Institut Teknologi Mara ( UiTM ) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3 bertempat di Dewan Dato Maharajalela di sini.

Lawatan penandaarasan ini diketuai Pensyarah Kanan@ Penyelaras EKSA, Nor Azizah Mohamad Amin bersama 30 kakitangan. Turut hadir, Amir-Kharul Daud, selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan merangkap Koordinator EKSA bersama Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar.

Ini adalah lawatan penandaarasan pertama dari agensi / jabatan luar yang hadir di IKBN Seri Iskandar selepas memperolehi pensijilan EKSA pada 14 November lalu MAMPU.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan Amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang diperoleh hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai seperti manara 5S.

Majlis diteruskan dengan ucapan Amir-Kharul Daud, Koordinator EKSA dan disusuli taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Raja Muadzam Shah Raja Mohd Noor. Delegasi kemudian di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat dan suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA.

Oleh : Jawatankuasa Portal IKBN Seri Iskandar

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable