my gb
IntranetKBS // Webmail
  • slip
  • Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
  • Anugerah Perdana Belia Negara 2016
  • Integriti
  • Parlimen Belia
  • Dasar Belia Malaysia
belia    sukan     kemahiran     rakan muda

PROGRAM GALAKAN MEMBACA IKBN CHEMBONG

CHEMBONG, 18 MAC 2015 – Program Galakan Membaca Peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong bagi tahun 2015 telah diadakan di Pusat Sumber dan Dewan Perdana IKBN Chembong baru-baru ini.

Objektif program ini adalah untuk menanam minat suka membaca dan kreativiti di kalangan pegawai, para pelajar dan anak-anak pegawai IKBN Chembong, memupuk semangat supaya menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan serta mewujudkan sikap menghargai pusat sumber sebagai rakan ilmu dan sumber maklumat di kalangan semua pegawai dan pelajar.

Bagi memeriahkan lagi program ini, pertandingan mewarna kanak-kanak kategori 4 hingga 6 tahun dan 7 hingga 9 tahun telah diadakan bertempat di Pusat Sumber IKBN Chembong. Manakala pertandingan bercerita Bahasa Inggeris dan mencipta logo Perpustakaan yang disertai pelajar IKBN Chembong telah diadakan di Dewan Perdana IKBN Chembong.

Pada sebelah petangnya, diadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Mac 2015 yang dihoskan Bahagian Teknologi Landskap Pembinaan dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang. Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Program Galakan Membaca dan semua yang terlibat di atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Oleh: Assuardey b Abdullah ( AJK Portal IKBN Chembong )

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable