• maha
  • Pelan Strategik
  • Biasiswa



                                                       

SELAMAT BERTUKAR ENCIK ABDUL HAMID

PASIR PANJANG, PORT DICKSON, 11 SEPTEMBER 2015 - Satu majlis telah diadakan bagi meraikan pertukaran pegawai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson, Abdul Hamid Zainal ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KABARE) (APBM) Port Dickson yang diadakan secara sederhana bertempat di Bilik Mesyuarat, APBM Port Dickson.  

Dalam ucapan perpisahan, Hamid melahirkan rasa bangganya kerana dapat menabur bakti di APBM Port Dickson sebanyak dua kali disepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau turut menyatakan bahawa beliau merupakan antara pegawai yang mula-mula berkhidmat untuk APBM Port Dickson yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama Kem Belia Waja.  

Banyak pengalaman pahit dan manis yang belia lalui sepanjang dua kali berkhidmat di APBM Port Dickson dan berharap barisan pegawai dan kakitangan sedia ada akan dapat menaikkan lagi martabat APBM Port Dickson agar lebih menyerlah dan cemerlang di masa hadapan.  

Pengarah APBM Port Dickson, Mohd Nizam Ismail, turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasabaik dan sumbangan beliau di sepanjang berkhidmat di APBM Port Dickson.  

Beliau turut merasakan pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar untuk APBM Port Dickson dan berharap agar apabila berkhidmat di tempat baharu, satu mutu kerja yang lebih cemerlang dapat diberikan.  

Oleh : Jawatankuasa Portal APBM Port Dickson  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable