• aidilfitri2016
  • Seminar Penyelidikan IYRES 2016
  • Program Pelayaran KLD Tuna Samudera
  • ICBOS
  • capam
  • Pertandingan Debat Bahasa Tamil
  • Promo Futsal KBS



                                                       

SUKAN SEA 2017 UNTUK BERGELAR JUARA

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2015- Sukan SEA 2017 menjadi medan terbaik untuk atlet berada pada tahap tertinggi bagi memastikan Malaysia menjadi juara keseluruhan pada temasya tersebut.

 

Persiapan kali ini dibuat awal melalui perlantikan ketua kontijen negara hampir dua tahun awal sebelum Sukan SEA serta peruntukan RM 145 juta  daripada kerajaan, malah prasarana dan kemudahan yang diperuntukan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) sedang dibaikpulih untuk kegunaan para atlet.

 Demikian kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan ketika Perhimpunan Atlet Program Kita Juara 2017. Program ini akan memberi kan atlet satu sudut pandangan positif untuk mewajibkan kita menjadi juara keselurahan.

Tambahnya lagi, atlet harus tanya diri masing-masing apa yang mereka perlu lakukan untuk meraih pingat emas dan menjadi juara keseluruhan temasya. Seandainya kita meraih naib johan bererti Program Kita Juara 2017 adalah gagal mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.

Terdapat tiga fasa perlaksanaan persediaan atlet ke arah Sukan SEA 2017 iaitu fasa pertama bermula September lalu hingga 2016, fasa kedua (Oktober 2016 hingga Mac 2017) dan fasa ketiga (April 2017 hingga September 2017).

Seramai 772 atlet daripada 38 jenis sukan telah bersetuju bersama persatuan sukan bagi menjalani latihan pertama Program Juara 2017.

 

 

Disediakan Oleh : Muhammad Shahrul Naim bin Mohd Tokiman
(Unit Komunikasi Korporat KBS)
naim@kbs.gov.my

Disunting oleh : Adeli Bin Hussin@Drus ,
Unit Komunikasi Korporat
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable