• Kuala Lumpur Sukan 2017
  • TN50
  • Slip peperiksaan

LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM KE PROJEK RINTIS PLKN

SEPANG, 24 November 2015 – YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam telah mengadakan lawatan ke Projek Rintis PLKN di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor D.E.

Lawatan tersebut telah disertai oleh YBhg. Dato' Harun bin Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan turut hadir YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Penglibatan seramai 353 orang pelatih dalam Projek Rintis PLKN ini telah melalui 8 modul yang disediakan iaitu iUPGRADE, Service Learning, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, Tech & Talk, Fit4Life, MyFuture dan Sprituality.

Menerusi projek tersebut, KBS berperanan dalam hala tuju bidang kemahiran ke atas pelatih yang terlibat. Manakala IYRES akan melaksanakan Kajian Aptitude Test ke atas pelatih yang terlibat bagi mengukur tahap kecenderungan dan daya kreatif menerusi pengalaman yang dialami menerusi pelaksanaan modul-modul yang disediakan. Justeru, dengan pelaksanaan kajian tersebut akan dapat membantu pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk melihat keberkesanan program tersebut terhadap pelatih supaya PLKN dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi melahirkan belia yang positif.


Disediakan oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable