• maha
  • Pelan Strategik
  • Biasiswa



                                                       

LAWATAN NAZIRAN PERTUBUHAN BELIA DAERAH HULU LANGAT

BANGI, 8 JULAI 2015 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dikunjung  Timbalan Pengarah Belia, Mohd Fauzi Ariffin dan beberapa pegawai dari Unit Pembangunan Sosial bagi sesi lawatan naziran Pertubuhan Belia Daerah Hulu Langat hari ini.  

Pasukan Naziran ini disambut baik pertubuhan belia dari sekitar Daerah Hulu Langat yang sentiasa menjadi klien utama bagi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kehadiran pemimpin-pemimpin dari pertubuhan belia ini membuktikan bahawa golongan-golongan belia masih bergerak atas landasan yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).  

Mohd Fauzi dalam ucapannya menegaskan bahawa pemantauan daripada pihak pegawai secara optimum berkonsepkan turun padang sehingga ke akar umbi perlu digiatkan untuk memastikan sebanyak 132 pertubuhan belia yang masih aktif di Daerah Hulu Langat sentiasa diambil berat.
 
Saluran maklumat yang terkini perlu dihebahkan secara meluas kerana dikhuatiri salah satu penyebab terjejasnya komunikasi dua hala diantara persatuan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Pertubuhan Belia sekitar Daerah Hulu Langat yang sentiasa memberi sokongan kepada pejabat dengan penglibatan program-program anjuran KBS dan bagi Pertubuhan Belia sendiri yang sentiasa tidak kering memerah keringat untuk anak bangsa di peringkat akar umbi dengan penganjuran aktiviti.  

Oleh: Mohd Faizal Bin Mohd Ismail (PBSD Hulu Langat)  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable