my gb
IntranetKBS // Webmail

PROGRAM ROCK, CHANGE AND CARE KEM BARA INSPIRASI TAHUN 2015

PUTRAJAYA, 2 DISEMBER 2015 - Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB KBS) telah menganjurkan Program Rock, Change And Care – Kem Bara Inspirasi Tahun 2015 bersama pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seluruh negara.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan inspirasi diri dengan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta memberi pendedahan tentang pengurusan kendiri dalam membentuk personaliti matang dan berkarisma.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji seperti konsep syukur dan redha sebagai bekalan hidup pada masa akan datang. Program ini telah diadakan sebanyak empat siri iaitu melibatkan Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Timur.

Maklumat Program adalah seperti jadual berikut :-

BIL. ZON TARIKH TEMPAT BIL. PESERTA
1 Zon Selatan 26 & 27 Oktober 2015 Kompleks Rakan Muda Lendu, Melaka 30
 2 Zon Tengah 11 & 12 November 2015 Komleks Rakan Muda Klang, Selangor 30
3 Zon Utara 15 & 16 November 2015 Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang 42
4 Zon Timur 17 & 18 November 2015 Kompleks Belia dan Sukan Terengganu 40


                     
Program ini dikendalikan Pegawai Psikologi KBS dengan dibantu Ahli AKRAB KBS. Antara pengisian dalam program ini adalah Ujian Personalti Diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Simulasi dan Ceramah Motivasi.

Oleh :Mohammad Azwan Rosli ( Pegawai Psikologi, KBS)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable