MESYUARAT AGONG SEKRETARIAT RAKAN MUDA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KALI  PERTAMA

KUALA SUNGAI BARU, 27 MAC 2015 – “ Tanggungjawab perlu dilaksanakan….”

Itulah yang dilakukan Sekretariat Rakan Muda Kolej Universiti Islam Melaka ( SRM KUIM ) yang mengadakan Mesyuarat Agong SRM Kali Pertama setelah diluluskan penubuhannya pada 2 Mac lalu.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih Exco dan Majlis Tertinggi bagi menerajui SRM KUIM untuk sesi 2015 / 2016. Jabatan Belia dan Sukan Negeri( JBSN ) Melaka telah dijemput hadir dan diminta untuk merasmikan Mesyuarat Agong tersebut. menerusi wakilnya Nik Mohd Azuan Ahmad Rostam selaku Pegawai Pembangunan Potensi Rakan Muda JBSN Melaka hadir bagi pihak pengarahnya.

Turut dijemput hadir wakil dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan, Mohamad Suleiman yang dijemput untuk memberi penerangan berkaitan “ Mengapa Mesyuarat Agong Perlu Diadakan”. Hadir sama dalam Mesyuarat Agong ini Penasihat SRM KUIM,Farrahwahida Mustaffa.

Oleh : Nik Mohd Azuan Bin Ahmad Rostam, JBSN Melaka
juan@kbs.gov.my

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable