GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN DUNGUN TAMBAH CAWANGAN DI KAMPUNG GONG PASIR

DUNGUN, 28 MAC 2015 – Seramai 32 belia Kampung Gong Pasir telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Gong Pasir di Dewan Serbaguna Kampung Gong Pasir Dungun.


Mesyuarat penaja yang diadakan pada 26 Mac lalu turut dihadiri Che Rubiah Shafie selaku Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Dungun.

Mesyuarat penubuhan berkenaan merupakan usaha Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Dungun untuk menambah cawangan persatuan di peringkat kampung berasaskan belia dalam memastikan dan menentukan hala tuju, usaha mahupun agenda perjuangan anak muda dibuat selaras perkembangan semasa.

Pemilihan pucuk pimpinan serta barisan exco untuk memimpin GB4B (M) Cawangan Kampung Gong Pasir turut diadakan. Turut hadir, Muhammad Suza Amsyari selaku Setiausaha Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Dungun.

Oleh : Unit Jawatankuasa Portal Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@klbs.gov.my
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable