BENGKEL ‘TOT’ PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA  PERINGKAT ZON SELATAN

MERSING,27 MAC 2015 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Johor telah menjadi tuan rumah bagi mengadakan Bengkel ‘Training Of Trainers (TOT)’ pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) peringkat zon selatan, bertempat di Pulau Tinggi Mersing yang dihadiri seramai 30 peserta terdiri daripada guru-guru,pemimpin ARPRM, pemimpin NGO’s, pemimpin ARPRM di IPTA/IPTS dan agensi swasta.


Bengkel yang diadakan mulai 23 hingga 26 Mac itu dikendalikan sepenuhnya ikon bagi program ARPRM Malaysia, Ravichandran.

Di antara objektif bengkel ini adalah untuk melatih pemimpin ARPRM menjadi ‘trainer’ yang akan melahirkan trainning team ARPRM yang berkaliber di Malaysia. Di samping itu, ia untuk menjalinkan hubungan yang positif diantara pemimpin, mentor, jurulatih dan Badan Operasi diperingkat daerah, sekolah dan badan Operasi Anugerah peringkat kebangsaan.

Pelaksaaan bengkel ini banyak memberi imput mengenai teknik-teknik untuk menjadi fasilitator. Para peserta dilatih melalui latihan dalam kumpulan (LDK) mengenai teknik, corak persembahan, kemudahan-kemudahan bahan-bahan yang digunakan untuk persembahan kepada golongan sasar, samada pelajar, mahasiswa, ibu bapa atau komuniti. Bengkel TOT pemimpin ARPRM ini akan melahirkan lagi pemimpin ARPRM yang mahir untuk menyampaikan idea-idea kepada masyarakat. Secara tidak langsung menyumbang dan membantu kepada jabatan masing-masing bagi pelaksanaan program ARPRM.

Oleh : Bahagian Rakan Muda, JBSN Johor

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FIT MALAYSIA

 
Ramai tahu bahawa asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia akan membantu anda bergerak ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Jumpa kami di Festival Belia Putrajaya 2015 pada 22 - 24 Mei 2015, di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.