LAWATAN  PENGARAH JBSN KE BAHAGIAN SANDAKAN

SANDAKAN, 7 APRIL 2015 – Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, Datuk Haji Dahali Haji Matsin telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Sandakan pada 10 April lalu.

Rombongan beliau yang disertai pegawai dari setiap bahagian serta pentadbiran Ibu pejabat ini telah di bawa ke lawatan tapak projek pembangunan dan kemudahan sukan di Bahagian Sandakan iaitu, Kompleks Sukan Komuniti Libaran Batu 12.

Datuk Haji Dahali juga berkesempatan membuat lawatan di Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Sandakan untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan kakitangan bagi membincangkan isu-isu yang timbul dan laporan perancangan dan pelaksanaan program setiap unit di bahagian Sandakan.

Rombongan juga telah dibawa melawat ke tapak ke Padang Rumput Sintetik pertama Sandakan pada sebelah petangnya. Lawatan tersebut turut diiringi Pengurus Kompleks Sukan Sandakan bagi melihat sendiri perkembangan keadaan padang rumput sintetik sebelum majlis penyerahan padang rumput sintetik Sandakan dilakukan kepada Lembaga Sukan Negeri sabah.

Jamuan minum petang bersama NGO daripada kelab sukan dan juga persatuan belia di Bahagian Sandakan diadakan bagi mengakhiri lawatan beliau dan rombongan.

Majlis tersebut turut dihadiri pegawai daripada Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Pengurus Kompleks Sukan Sandakan dan juga Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Oleh;Andy Suhardy Bin Sarbini ( Pejabat Belia Dan Sukan (P) Sandakan)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable