8 KAKITANGAN JBSN KELANTAN DIANUGERAH PEKERJA CEMERLANG

KOTA BHARU, 10 MEI 2015 – Seramai lapan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dianugerahkan pekerja cemerlang sepanjang bulan Januari hingga April bagi tahun 2015.  
 
Anugerah ini disampaikan bersempena dengan Perhimpunan Pegawai dan Kakitangan bagi suku tahun pertama yang berlangsung baru-baru ini bertempat di Dewan 1 Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.  

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Md. Sulji Zakaria dalam amanatnya berkata, setiap pegawai dan kakitangan haruslah mempunyai sikap dan keterbukaan minda dan bermusyawarah dalam setiap perkara serta mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.  

Ulas beliau lagi, sikap sebegini haruslah disemai dan dipraktikkan didalam diri setiap individu. Turut hadir, Timbalan Pengarah, Haji Hassan Noorhadi Awang dan Penolong Pengarah, Mohamad Fadhlir Rahman Mohamad Nazir.      

Oleh: Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Kelantan
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable