Data Terbuka

Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Ia merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

Objektif Data Terbuka:
  • Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
  • Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
  • Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
  • Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
  • Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.
Data Terbuka Yang Diterbitkan oleh KBS dan Jabatan / Agensi di Bawahnya

BIL TAJUK SET DATA
1 Senarai program kelolaan Jabatan Belia dan Sukan
2 Senarai kemudahan (Kompleks Belia dan Sukan, Kompleks Rakan Muda, Gimnasium 1Malaysia, Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Y-Center yang ditawarkan mengikut negeri)
3 Statistik penggunaan kemudahan-kemudahan tersedia di Kompleks Belia dan Sukan
4 Senarai Institus Latihan KBS beserta bidang kursus
5 Senarai Kejohanan Sukan Utama Yang Disertai Pasukan Malaysia dan Keputusan Pertandingan
6 Senarai Atlit Program Kita Juara 2017
7 Senarai Peserta Program Kejurulatihan Sukan
8 Senarai Pemimpin Belia
9 Anugerah Perdana Belia Negara
10 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable