TEMERLOH,18 JANUARI 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menyertai Program Fiesta Feri Water Front yang diadakan di Perkarangan Feri Water Front , Jerantut, Pahang baru-baru ini. Pada program tersebut, IKTBN Temerloh telah membuka booth pameran bermula 15 hingga 17 Januari baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan Dato’ Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin selaku Pengerusi Jawawtankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Beberapa i orang staf dari IKBN Temerloh telah menjayakan program tersebut . Mereka adalah Auddin Hussin selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh, Zulkifli Ismail, Mohd Hafizal Ariffin dan Salahuddin Muhammad yang kesemuanya wakil bagi Cawangan Hubungan Industri dan Promosi.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu. Diaiantaranya demonstrasi pembenihan ikan keli,jualan car boot sale, forum perdana, pertandingan memancing, dansarobik, pertandingan ayam serama, auto show kereta dan pelbagai aktiviti lain. Dengan adanya Program Fiesta Feri Water Front seperti ini telah memberikan satu kelebihan kepada pihak IKTBN Temerloh kerana kehadiran pengunjung adalah bukan sahaja dari kalangan lepasan pelajar semata-mata malahan dari kalangan ibu bapa dan orang awam yang menunjukkan minat dan keterujaan untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IKTBN Temerloh.




Oleh :
Muhd Zulkiffli Bin Mohd Yusoff( IKBN Temerloh )

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable