Dasar Kualiti

Cetak
DASAR KUALITI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Komited untuk menghala kepada kepuasan hati pelanggan secara maksimum dengan keutamaan kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa mengambil tindakan yang positif terhadap penambahbaikan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

OBJEKTIF KUALITI
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap fungsi yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Objektif kualiti bagi setiap fungsi dinyatakan seperti berikut :

Pengurusan Dasar
Tempoh masa daripada arahan Y.B. Menteri/KSU untuk menggubal/semakan semula akta hingga draf akta dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan kelulusan ialah dalam tempoh 12 bulan.
Tempoh masa daripada arahan Y.B. Menteri/KSU untuk menggubal/semakan semula dasar hingga draf Memorandum Jemaah Menteri dikemukakan kepada Kementerian/Agensi Pusat yang berkenaan untuk ulasan ialah dalam tempoh 12 bulan.

Pengurusan Pembangunan Belia

1) Persidangan MPBN diadakan sebanyak dua 2 kali dalam setahun.
2) Dokumen untuk pencalonan dihantar ke Urusetia Induk, Anugerah Belia Negara 2 bulan sebelum anugerah dilangsungkan.
3) Memberikan maklum balas penerimaan permohonan pelaksanaan Penganjuran Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dalam tempoh 7 hari
4) Keputusan permohonan pelaksanaan Penganjuran Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dikeluarkan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan.

Pengurusan Pembangunan Sukan
1) Melaksanakan sekurang-kurangnya 90% program yang telah diluluskan serta program yang dikaji semula dalam setahun
2) Tahap prestasi perjalanan bengkel, kursus, seminar, dan persidangan sukan untuk semua melepasi tahap 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 borang penilaian sekurang-kurangnya 80%.
3) Melaksanakan Majlis Penyampaian Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) sekurang-kurangnya sekali setahun.
4) Memastikan urusan pemprosesan permohonan pendaftaran badan sukan yang lengkap diluluskan dalam tempoh 30 hari. (dipinda ke 3.3.7)

Pengurusan Pembangunan Rakan Muda
1) Sijil Perakuan Pendaftaran hendaklah dikeluarkan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dalam tempoh masa 12 minggu dengan syarat ianya memenuhi kehendak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan Peraturan-    peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftaran) 2007 daripada penerimaan permohonan daripada Kelab Rakan Muda.
2) Bahan-bahan tauliah diserahkan kepada Badan Operasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penerimaan permohonan pentauliahan dan senarai nama penerima anugerah.

Pengurusan Pembangunan Kemahiran
1) Kurikulum baru, bahan pembelajaran dan kandungan pembelajaran disiapkan dalam tempoh masa 12 bulan daripada tarikh menerima arahan P(PK).
2) Penyemakan semula kurikulum, bahan pembelajaran dan kandungan pembelajaran sehingga ianya diluluskan oleh badan persijilan dilaksanakan dalam tempoh masa 12 bulan daripada tarikh penerimaan arahan P(PK).
3) Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 5 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
4) Naziran bagi setiap IKBN dilakukan 1 kali setahun.
5) Soalan dalam bank soalan dikemasi kini 1 kali dalam tempoh 3 tahun
6) Kertas soalan peperiksaan akhir dihantar ke IKBN dalam tempoh 1 minggu sebelum tarikh peperiksaan.
7) Senarai bahan untuk peperiksaan amali dihantar ke IKBN dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan.
8) Pengesahan dibuat ke atas keputusan peperiksaan IKBN dalam tempoh masa 1 bulan daripada penerimaan keputusan dari IKBN.

Pengurusan Pendaftaran Pertubuhan Belia
1) Memproses pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab Belia di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) dalam tempoh 7 hari dengan syarat ianya memenuhi kehendak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftaran) 2007 daripada penerimaan borang pendaftaran, semakan perlembagaan dan pengeluaran Sijil Pendaftaran.

Pengurusan Pendaftaran Badan Sukan
Memastikan urusan pemprosesan permohonan pendaftaran badan sukan yang lengkap diluluskan dalam tempoh 14 hari.

Pengurusan Sokongan (dari 3.3.6 ke 3.3.8)
1) Memastikan latihan diberikan kepada setiap pegawai dan kakitangan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.
2) Memastikan aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh masa 3 hari.
3) Memastikan pembayaran perbekalan diperoleh oleh pembekal dalam masa 14 hari.
4) Memastikan Pelan Perancangan Strategik Panjang disediakan, dikaji dan pencapaian sasaran dalam tempoh masa seperti berikut:


Pelan Perancangan Strategik Penyediaan Pelan Perancangan Strategik baru sebelum tarikh tamat tempoh
Perancangan Strategik sebelumnya
 Kerapan Mengkaji Semula Peratus Pencapaian Sasaran
Jangka Masa Panjang 1 Bulan 5 tahun sekali 100%
Jangka Masa Sederhana 6 Bulan 2 ½ tahun sekali 100%

Memastikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable