Kumpulan Sasar

Di dalam merangka perancangan strategik dalam memastikan KBS memainkan peranan sebagai badan induk ke atas pembangunan belia dan sukan, sudah semestinya KBS perlu menentukan kumpulan sasar atau pelanggan yang perlu diberikan perkhidmatan. Penting bagi KBS untuk menentukan kumpulan sasarnya supaya lebih mudah bagi KBS merancang sesuatu program belia dan sukan yang ingin dilaksanakan serta memastikan objektif dan mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu program itu akan sampai ke kumpulan sasar.


Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:

* Semua lapisan masyarakat Malaysia
* Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun [Dasar Pembangunan Belia Nasional]
* Para atlet Sukan Prestasi Tinggi [Akta Majlis Sukan Negara]
* Agensi-Agensi Kerajaan
* Pertubuhan - Pertubuhan Sukan [Akta Pembangunan Sukan 1997]
* Pertubuhan - Pertubuhan Belia
* Pertubuhan - Pertubuhan NGO

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable